24.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 5, 2023

Najib dedah sebab sebenar Tun M letak jawatan PM-7

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menyenaraikan tiga sebab utama punca Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri Ketujuh (PM-7) pada Februari lalu.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tiga sebab tersebut ialah kerana Mahatir tidak mahu Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri, tidak mahu dikawal oleh DAP dan PKR lagi serta bimbang Bersatu dan Pakatan Harapan (PH) kalah teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Beliau berkata, Mahathir dan PH amat bimbang selepas lima kekalahan berturut-turut dialami kerajaan PH dalam pilihan raya kecil termasuk di Tanjung Piai, iaitu di negeri yang dikuasai Bersatu.

“Sebab itu, PM-7 (Mahathir) sangat inginkan menjadi PM untuk sebuah kerajaan perpaduan (unity government) di mana dia boleh pilih sendiri mana-mana ahli Parlimen dia suka tanpa perlu mengikut kehendak parti.

Baca juga:   Pembahagian kerusi PN selesai, semua calon diminta bersumpah

“Dengan kerajaan perpaduan baru ini dia tak perlu serah jawatan kepada Anwar, dia tak perlu dikawal parti DAP dan PKR lagi (dan) dia tak perlu bimbang kalah kepada BN/MN (Barisan Nasional/Muafakat Nasional) sebab BN/MN juga sebahagian kerajaan dia,” kata beliau menerusi akaun Facebooknya hari ini.

Najib mengulas kenyataan Mahathir yang terus menerus menyalahkan beliau berhubung peletakan jawatan Ahli Parlimen Langkawi itu sebagai PM-7 dan kejatuhan kerajaan PH.

Dalam laman web Chedet.cc hari ini, Mahathir menuduh Najib merancang penggabungan UMNO dan Pas serta menarik anggota Bersatu menyertainya demi menyelamatkan diri daripada dipenjara.

Baca juga:   Lagi 'kelentong' politik Pakatan Harapan

Sehubungan itu, kata Mahathir, beliau terpaksa meletakkan jawatan sebagai PM-7 kerana tidak mahu bersekongkol dengan Najib.

Najib berkata, ketiga-tiga masalah tersebut dapat diselesaikan sekaligus jika Mahathir berjaya bentuk kerajaan perpaduan idamannya.

“Namun dia gagal kerana BN, Pas dan GPS (Gabungan Parti Sarawak) tolak untuk bersama dengan orang DAP,” katanya.

Justeru, Najib berharap Mahathir lebih jujur dan mengakui sahaja rancangan sebenarnya selain berhenti menyalahkan beliau berhubung kejatuhan kerajaan PH. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Lelaki warga asing tak siuman tak ‘makan’ pujuk langgar lori

SEORANG lelaki warga asing yang tidak mahu memberikan kerjasama kepada pasukan polis akhirnya melarikan diri sehingga melanggar sebuah lori...

Lagi Artikel Berkaitan