32.7 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Wajib pakai pelitup muka di kawasan sesak dan pengangkutan awam

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Orang ramai akan diwajibkan memakai pelitup muka di dalam pengangkutan awam dan kawasan sesak atau tumpuan umum mulai 1 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan menguatkuasakan langkah itu selepas mengambil kira peningkatan kluster jangkitan Covid-19 selain atas nasihat Kementerian Kesihatan.

Jelas beliau, pemakaian pelitup muka itu diwajibkan di kawasan tumpuan ramai dan sesak seperti pasar, pasar tani dan pasar raya serta stesen pengangkutan awam seperti LRT, MRT serta bas.

Beliau menegaskan, mereka yang didapati gagal mematuhi peraturan baharu tersebut boleh didenda RM1,000 di bawah Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988)

“Keputusan mewajibkan pemakaian pelitup muka ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya, hari ini.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, menerusi arahan terbaharu itu, orang ramai juga boleh memakai topeng muka yang dijahit sendiri tetapi perlu mematuhi spesifikasi yang ditetapkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Advertisements

Menurutnya, Kementerian Kesihatan akan mengeluarkan spesifikasi topeng muka buatan sendiri itu di media massa dan sosial.

“Walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang,” katanya.

Sementara itu, Ismail Sabri menegur sikap orang ramai yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) untuk mengekang penularan Covid-19 dalam pengangkutan awam seperti transit LRT dan tren KTM.

“Pengamalan penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka di dalam pengangkutan awam oleh orang ramai juga tidak dipatuhi.

“SOP di tempat-tempat awam yang bersesak terutamanya yang tertutup juga didapati tidak diendahkan oleh segelintir pihak,” ujarnya,

Advertisements

Terkini

Apabila kita terlampau berlebih-lebihan meraikan Syawal

Oleh DR MOHD ISTAJID MOKHTAR BARANGKALI Malaysia merupakan antara negara Islam paling berlebih-lebihan dalam menyambut Aidilfitri. Tidak seperti negara-negara Islam Timur...

Lagi Artikel Berkaitan