25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

25 mangsa banjir di Terengganu dikesan positif Covid-19

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SERAMAI 25 mangsa banjir ditempatkan di tujuh buah pusat pemindahan sementara (PPS) khas di Terengganu susulan dikesan positif Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, terdapat 51 kes kontak rapat dan kesemuanya telah diasingkan di PPS Khas serta blok berasingan PPS di sekolah yang berdekatan dengan tempat tinggal masing-masing.

Menurut beliau, sehingga kini, sebanyak 46 pasukan perubatan dan 38 pasukan kesihatan telah turun menjalankan tugas.

“Sehingga jam 12 tengahari, sebanyak 36 mangsa banjir telah diberikan rawatan di PPS masing-masing oleh anggota perubatan dengan seorang mangsa lelaki dewasa sakit buah pinggang telah dirujuk ke Hospital Dungun untuk hemodialisis.

“Tiada mangsa mengandung atau yang terlatar telah dirujuk setakat ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Tambah Noor Hisham lagi, pasukan perubatan dan kesihatan akan terus menjalankan saringan dan rawatan di PPS mengikut keperluan semasa.

Advertisements

Menurut beliau, bencana banjir sekali lagi melanda negeri Terengganu, kali ini sudah mencapai Gelombang Ke 4 bagi Monsun Timur Laut 2021/2022.

“Hujan mulai turun dengan lebatnya bermula jam 2 petang hari Rabu, 23 Februari lalu dan Jabatan Meteorologi menjangkakan hujan akan berterusan di negeri Terengganu sehingga hari ini.

“Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah memulakan kesiapsiagaan menghadapai Monsun Timur Laut ini sejak bulan Oktober 2021 dengan kekuatan anggota 73 pasukan perubatan (seramai 358 anggota) dan 77 pasukan kesihatan (322 anggota).

“Sehingga jam 2 petang ini, sebanyak 94 PPS telah dibuka melibatkan 1320 ketua isi rumah dan 4396 mangsa banjir dari ke semua lapan daerah.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan