28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Inspektor polis ditemukan maut tembak diri sendiri

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai polis berpangkat Inspektor ditemui meninggal dunia dipercayai menembak diri sendiri di sebuah rumah di Jalan Selingsing, Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, pusat kawalan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pukul 3.30 petang tadi.

Menurut beliau, hasil siasatan mendapati mangsa berusia 35 tahun adalah seorang pegawai yang sedang berkhidmat di IPD Dang Wangi.

“Siasatan awal mendapati mangsa dipercayai menembak dirinya sendiri di bahagian kepala menggunakan sepucuk pistol,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Eng Lai berkata, pihak ambulans yang tiba di lokasi kejadian bersama pegawai perubatan bertugas mengesahkan kematian mangsa pukul 3.59 petang.

“Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian.

“Punca kejadian belum dapat dikenal pasti dan masih dalam siasatan. Kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Beliau berkata, pihak Polis Kuala Lumpur menasihatkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu supaya tampil memberi keterangan.

“Orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Asisten Superintendan Foo Keat How di talian 012-7461500 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482206 untuk tindakan lanjut,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan