32.5 C
Kuala Lumpur
Tuesday, June 18, 2024

Lelaki ditemui mati dalam bilik air

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki ditemui mati dalam bilik air di kediamannya di Jalan Setia Utama, Setia Alam, Shah Alam awal pagi tadi.

Mangsa dikenali Simon Tan Cheng Kim berusia 55 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM).

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba Selangor, Muhammadul Ehsan Mohd. Zain berkata, terdahulu pihak bomba menerima maklumat awal terdapat seorang lelaki terkunci di dalam bilik air.

Advertisements

“Sehubungan dengan itu, seramai enam anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Anggerik terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pukul 3.04 pagi.

“Setiba dilokasi, kerja-kerja menyelamat dilakukan dan setelah pintu berjaya dibuka didapati mangsa tidak sedarkan diri di atas lantai.

“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh pasukan KKM,”katanya dalam kenyataan hari ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Basikal lebuh raya nasional jalani ujian aerodinamik di UK

BASIKAL lebuh raya (road bike) nasional pertama yang dibangunkan Bozetta Bike Malaysia Sdn Bhd, Bozetta FZ8 telah dihantar ke...

Lagi Artikel Berkaitan