33 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Newcastle mahu pinjam Maguire

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NEWCASTLE United dilaporkan berminat mendapatkan pemain pertahanan Manchester United, Harry Maguire secara pinjaman semusim.

Pertahanan antarabangsa England itu kerap memanaskan bangku simpanan di Old Trafford namun United difahamkan tidak mahu menguatkan Magpies yang merupakan pesaing dalam merebut kedudukan empat teratas liga.

Lapor The Sun, Red Devils tidak berhasrat meminjamkan pemain berusia 30 tahun itu ke St. James Park dan cenderung untuk mendapatkan wang dengan menjual Maguire.

Selain Newcastle, Tottenham juga dilaporkan berminat mendapatkan Maguire sebagai cubaan bagi memujuk Harry Kane kekal di kelab utara London itu.

Dalam pada itu, Aston Villa turut memantau perkembangan semasa Maguire selepas pertahanan itu dilihat mampu memperkukuhkan benteng mereka bagi mengharungi kempen Liga Konferensi Europa (ECL) musim depan.

Advertisements

Nama pertahanan itu turut dikaitkan dengan pertukaran dengan Mason Mount bagi mengurangkan yuran perpindahan yang perlu dibayar United kepada Chelsea.

Maguire bergelut untuk mendapatkan minit permainan di bawah Erik ten Hag musim ini selepas hanya melakukan 16 penampilan sahaja di Liga Perdana Inggeris (EPL).

United pula dilaporkan sedia melepaskan Maguire bagi mendapatkan pertahanan Napoli, Kim Min-Jae.

Untuk rekod, Maguire menjadi pemain pertahanan termahal dunia selepas berpindah ke Old Traffrod dari Leicester City pada 2020 dengan yuran perpindahan sebanyak RM465.2 juta.

Pemain itu merupakan pilihan pertahanan tengah keempat United di belakang Raphael Varane, Lisandro Martinez dan Victor Lindelof. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Golongan khunsa perlukan sokongan, bukan kejian

Oleh DR MOHD SALIM MOHAMED BARU-BARU ini satu drama mengenai khunsa telah ditayangkan di kaca televisyen bermula bulan Ramadan yang...

Lagi Artikel Berkaitan