25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

MOF pelawa rakyat suarakan pandangan berhubung ekonomi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kewangan (MOF) mempelawa orang ramai menyuarakan pandangan dan pendapat berhubung langkah-langkah bagi mengembangkan ekonomi negara.

Menerusi kenyataan MOF berkata, pandangan yang dikongsi akan menjadi panduan yang penting bagi kerajaan dalam merangka dasar dan keutamaan untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara.

Pada masa yang sama katanya, rakyat dapat memainkan peranan aktif untuk bersama-sama membentuk lanskap ekonomi Malaysia.

Advertisements

“Ia akan dihuraikan dengan lebih lanjut dalam Pelan Induk Perindustrian (Ogos 2023), Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (September 2023) dan Belanjawan 2024 (Oktober 2023).

“Orang awam boleh berkongsi maklum balas mereka mengenai pelbagai topik seperti ekonomi, subsidi dan perlindungan sosial,” katanya hari ini.

MOF berkatam segala maklum balas boleh dibuat secara dalam talian iaitu Suarakan Pendapat Anda mulai hari ini di portal www.mof.gov.my. –  Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan