25.3 C
Kuala Lumpur
Tuesday, January 21, 2025

Projek infra kecil dipindah ke pejabat daerah, jabatan lain

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KERAJAAN akan memindahkan projek-projek infrastruktur kecil di bawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR) ke pejabat daerah atau jabatan lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah tersebut diambil bagi mengurangkan tugas dan beban sedia ada yang ditanggung JKR.

“Saya telah bincang dengan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi,  projek-projek seperti sekolah daif, klinik daif, baiki tandas tidak perlu lagi membebankan JKR yang mempunyai tanggungjawab terlalu besar.

“Pindahkan tugas itu ke jabatan atau ke pejabat daerah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Jun 2023 di Putrajaya hari ini. 

Advertisements

JKR berperanan melaksanakan projek pembangunan dan penyelenggaraan infrastruktur di pelbagai kementerian, jabatan, agenis dan kerajaan negeri.

Ini merangkumi projek seperti jalan, bangunan, lapangan terbang dan pelabuhan.

Selain itu, jabatan berkenan turut diamanahkan menyelia projek infrastruktur kecil lain seperti penurapan jalan, baik pulih, pembersihan longkang dan lain-lain.

Sementara itu, Anwar menggesa semua ketua jabatan memantau dan menilai kemajuan semasa projek-projek yang akan atau sedang dilaksanakan.

“Saya menggesa minggu ini semua jabatan lihat apa yang diluluskan, apa yang mula dilaksanakan, apa yang belum dilaksanakan, apakah kerana peruntukan tidak sampai, apakah ditugaskan kementerian-kementerian lain,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Anwar bertemu pemimpin MNC di Davos, teroka sinergi pelaburan

DATUK Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan dengan beberapa pemimpin syarikat multinasional (MNC) di sela-sela Sidang Kemuncak Tahunan Forum Ekonomi...

Lagi Artikel Berkaitan