PELUANG Chelsea mendapatkan penjaga gol, Andre Onana semakin cerah selepas Inter Milan dilaporkan cuba menandatangani Guglielmo Vicario daripada Empoli.
Menurut laporan The Sun, finalis Liga Juara Juara Eropah (UCL) itu telah pun mengenal pasti pengganti Onana selepas penjaga gol itu dijangka akan berhijrah ke Stamford Bridge.
Susulan itu, media Itali melaporkan Inter sedang berusaha mendapatkan Vicario bagi menjadi benteng terakhir mereka musim depan.
Chelsea pula dijangkan menawarkan pemain pertahanan, Kalidou Koulibaly sebagai pertukaran bagi mendapatkan Onana kerana pengalaman luas pertahanan itu beraksi di Itali bersama Napoli sebelum ini.
Koulibaly yang baharu menyertai The Blues musim lepas bergelut dengan corak permainan di Liga Perdana Inggeris dan dijangka tidak bermasalah untuk kembali semula ke Serie A.
The Blues juga dijangka menggunakan perbincangan mengenai masa depan Romelu Lukaku di San Siro bersama Inter dalam masa terdekat dan perkara ini dijangka akan menjadi pemudah kepada mereka untuk memancing Onana.
The Sun turut melaporkan, pengurus baharu Chelsea, Mauricio Pochettino juga meminati Onana dan mahu urusan perpindahan itu diselesaikan segera.
Namun, dengan prestasi mantap dipamerkan Onana khususnya di UCL, harga diletakkan RM319.8 juta diletakkan Inter pasti membuatkan perpindahan itu bakal menjadi rumit. – Edisi 9