25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Annuar sertai PAS dengan pembohongan – Mohd Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Tan Sri Annuar Musa memulakan langkah menyertai PAS dengan pembohongan.

Mohd Puad juga berasa hairan kerana selepas lapan kali ‘berlawan’ dengan PAS dalam Pilihan Raya Umum (PRU) baharu sekarang bekas Setiausaha Agung UMNO itu nampak ‘kejujuran’ PAS.

“Siakap senohong, gelama ikan duri. Masuk PAS cakap bohong kerana kepentingan diri.

“Dia nampak kejujuran PAS bila dipecat dan hilang jawatan. Atau baru sekarang Annuar nampak, masuk PAS masuk syurga,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Puad turut menyangkal dakwaan bahawa, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ‘merayu’ ahli UMNO yang dipecat kembali ke pangkuan parti.

“Annuar kata, dia tidak akan menyertai semula UMNO walaupun Zahid ‘merayu’ agar ahli UMNO yang dipecat kembali ke pangkuan UMNO.

Advertisements

“Zahid tidak cakap pun begitu. Zahid kata, pintu UMNO terbuka untuk bekas ahlinya hadir PAU 2023 (Perhimpunan Agung UMNO).

“UMNO juga terbuka jika mereka merayu untuk kembali menjadi ahli UMNO,” katanya.

Sementara itu Mohd Puad dalam nada sindiran ‘merestui’ kenyataan Annuar yang mendakwa tidak akan menghabiskan ‘sisa hartanya’ untuk UMNO.

“Baguslah. Tapi jangan pula masuk PAS kerana jawatan untuk tambah harta yang tinggal sisa,” katanya.

Baru-baru ini, Annuar yang juga bekas pemimpin UMNO secara rasmi menyertai PAS.– Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan