27 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Djokovic rangkul kejuaraan Grand Slam ke-23

Muncul pemain lelaki pertama memenangi kejuaraan Grand Slam terbanyak sepanjang zaman

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NOVAK Djokovic mencipta sejarah apabila kejuaraan Grand Slam ke-23 selepas menewaskan Casper Rudd 7-6 (7-1) 6-3 7-5 dalam final Terbuka Perancis awal pagi tadi.

Kejuaraan itu sekali gus menutup perdebatan siapa pemain terhebat sepanjang zaman (GOAT) dalam sejarah tenis perseorangan lelaki.

Selain itu, kemenangan yang dicatatkan menjadikan pemain ranking nombor tiga dunia itu satu-satunya pemain lelaki yang memenangi empat kejuaraan Grand Slam – Terbuka Australina, Terbuka Perancis, Wimbledon dan Terbuka Amerika Syarikat (AS) sekurang-kurangnya tiga kali.

Sebelum ini, Djokovic bersama raja gelanggang tanah liat, Rafael Nadal mengumpul 22 kejuaraan Grand Slam.

Dan dengan kejuaraan ke-23, Nadal turut mengucapkan tahniah kepada pesaing terdekatnya itu menerusi ciapan di Twitter.

“Tahniah atas kejayaan menakjubkan @DjojerNole (Djokovic). 23 adalah satu angka yang sukar difikirkan beberapa tahun lalu, dan anda berjaya melakukannya.

Advertisements

“Raikankanlah bersama keluarga dan pasukan,” katanya hari ini.

Sementara itu, Djokovic dalam ucapannya selepas perlawanan memuji Casper atas persembahan yang dipamerkan.

“Saya minta maaf atas keputusan hari ini. Sudah pasti tidak bagus untuk awak menamatkan saingan sebegini. Saya harap awak akan menang lawan semua orang kecuali saya.

Djokovic berkata, pada usia tujuh tahun, dia bercita-cita memenangi kejuaraan Wimbledon satu hari nanti dan itu berjaya dilaksanakan bersama deretan kejayaan Grand Slam lain.

“Saya sangat bersyukur dapat berdiri di sini dengan pelbagai kejayaan. Saya rasakan saya mampu mengubah nasib sendiri.

“Saya mahu menyampaikan mesej kepada semua orang muda, jika kamu semua mahukan masa depan yang baik, kamu mampu menciptanya,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

70,000 penduduk luar bandar nikmati elektrik biogas Felcra

KIRA-KIRA 70,000 penduduk luar bandar atau 14,000 rumah bakal menikmati bekalan elektrik yang stabil dan mencukupi menerusi janakuasa yang...

Lagi Artikel Berkaitan