28.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Calon muka baharu BN mampu tarik sokongan pengundi

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

BARISAN Nasional (BN) yakin keputusannya meletakkan ramai muka baharu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mampu menarik sokongan pengundi.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, calon muka baharu yang diketengahkan bukan sahaja memiliki kelayakan akademik tinggi, malah memenuhi aspirasi rakyat Johor bagi memastikan kestabilan politik di negeri itu.

“Bukan sahaja calon lelaki ada tahap pendidikan yang tinggi tetapi juga wanita. Malah telah terbukti wanita boleh memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat, apa yang lebih penting sekali adalah tawaran daripada BN.

“Naratif pertama adalah untuk kestabilan politik dan kestabilan ini adalah untuk kesejahteraan rakyat.

Beliau berkata demikian kepada media selepas melawat Universiti Kuala Lumpur Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) di Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Mahdzir yang juga Menteri Pembangunan Luar Bandar diminta mengulas mengenai keputusan BN mengetengahkan calon muka-muka baharu pada PRN Johor kali ini.

Untuk rekod, BN meletakkan calonnya bertanding di kesemua 56 kerusi pada PRN Johor dengan komposisi 37 calon daripada UMNO, 15 daripada MCA dan empat daripada MIC.

BN turut menampilkan calon wanita paling ramai pada PRN Johor kali ini iaitu dengan 14 orang.

Hari pengundian PRN Johor ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada 12 Mac manakala pengundian awal pada 8 Mac.

-EDISI9

Terkini

Beras dibuang di tapak pelupusan sampah tidak selamat dimakan

BERAS yang didakwa dibuang di tapak pelupusan sampah di Temerloh, Pahang didapati telah rosak dan tidak sesuai serta tidak...

Lagi Artikel Berkaitan