27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

UniKL MITEC bagunkan loji simulasi hiliran bersepadu bernilai RM7.1 juta

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

UNIKL Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) terus memperkasakan fasiliti latihan bagi pelajarnya yang mengikuti pengajian dalam bidang berkaitan industri minyak dan gas.

Terbaru, intitusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) itu membangunkan sebuah fasiliti sebenar Loji Simulasi Hiliran Bersepadu di kampusnya di Pasir Gudang, Johor, yang akan mula beroperasi sepenuhnya pertengahan tahun ini. 

Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, fasiliti itu dilengkapi 3 unit utama iaitu Unit Mini Loji Kuasa Stim, Unit Simulasi Penyulingan Minyak Mentah dan Unit Latihan Loji Perintis Hydrotreater. 

“Kita mendedahkan para pelajar kepada fasiliti sebenar yang digunakan dalam industri penapisan petroleum bagi meningkatkan tahap kemahiran selari dengan keperluan industri.

“Walaupun sebagai unit simulasi, fasiliti ini mampu beroperasi seperti operasi sebenar di industri penapisan petroleum. 

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Loji Simulasi Hiliran Bersepadu di kampus UniKL MITEC di Pasir Gudang, Johor, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB), Datuk Ramlan Harun, Pengerusi MARA Corporation Sdn Bhd, Senator Datuk Wira Othman Aziz, Pengerusi UniKL, Prof. Emeritus Datuk Dr. Sukiman Sarmani dan Presiden UniKL, Datuk Dr. Roziah Omar. 

Jelas Mahdzir, pembinaan fasiliti itu bertujuan untuk melatih lebih ramai tenaga berkemahiran tinggi dalam bidang operasi, penyelenggaraan dan keselamatan loji industri minyak dan gas.

Advertisements

Menurut beliau, ia turut dilengkapi sistem pengesan keselamatan, kebakaran dan kebocoran gas yang merupakan salah satu kandungan utama dalam silibus pembelajaran di UniKL MITEC. 

“Fasiliti bernilai RM7.1 juta ini merupakan satu-satunya fasiliti setaraf standard sebenar industri penapisan petroleum yang ada di sesebuah universiti di Malaysia. 

“Ianya berupaya memisahkan dua bahan cecair yang bercampur melalui Unit Simulasi Penyulingan Minyak Mentah dan memisahkan bahan cecair dan gas yang bercampur melalui Unit Latihan Loji Perintis Hydrotreater.

Mahdzir berkata, dengan fasiliti berkenaan juga membolehkan pelajar UniKL MITEC diiktiraf Persijilan Kompetensi Industri seperti Penganalisa Getaran Tahap 1 yang dikeluarkan oleh Institut Mobius dari Australia serta latihan operasi loji bersama pihak Institut Teknologi Petronas (INSTEP). 

“Fasiliti yang disediakan ini membolehkan pelajar UniKL MITEC relevan dengan industri dan seterusnya memberikan jaminan peluang pekerjaan yang tinggi bukan sahaja di dalam negara malah di seluruh dunia,” kata Mahdzir. 

Untuk rekod, UniKL MITEC mencatat peningkatan kadar purata kebolehpasaran graduannya sebanyak 97.7 peratus pada tahun 2020 berdasarkan Laporan Kajian Pengesanan Graduan.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju untuk menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja...

Lagi Artikel Berkaitan