26.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, December 14, 2024

Warga emas ditemukan mati dalam bilik air

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki warga emas ditemui mati dengan kesan lebam pada leher di sebuah rumah di Flat Paya Nahu, Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

Difahamkan, mangsa berusia 68 tahun itu ditemui dalam keadaan terlentang dengan kedua-dua belah kaki di atas kerusi plastik di dalam bilik air rumahnya pada pukul 9 malam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, mangsa ditemui oleh jirannya sebelum memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

“Siasatan di lokasi kejadian mendapati mangsa dipercayai telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayat yang mula bengkak.

“Pemeriksaan mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa dan kita sedang menunggu bedah siasat yang akan dijalankan di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini dalam masa terdekat untuk mengetahui punca sebenar kematian,” katanya hari ini.

Advertisements

Ujar Zaidy, mangsa tinggal bersama seorang anak lelakinya berusia awal 30-an yang mengalami masalah mental dan lembam.

“Mangsa masih mempunyai isteri tetapi tinggal berasingan sejak lima tahun lalu ekoran masalah rumah tangga,” ujarnya.

Ujarnya, semakan rekod kesihatan mendapati mangsa menghidap penyakit darah tinggi dan sering mendapatkan rawatan di HSAH.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat,” katanya. 

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Jelajah Dunia Akhir BWF: Tang Jie-Ee Wei cipta sejarah

CHEN Tan Jie-Toh Ee Wei mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi beregu campuran pertama negara beraksi di final Jelajah Dunia...

Lagi Artikel Berkaitan