27.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Shahabuddin Chuppu Presiden baharu Bangladesh

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

MOHAMMAD Shahabuddin Chuppu mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Bangladesh pada Isnin menjelang pilihan raya umum negara itu pada 2024.

Laporan agensi berita Anadolu menyebut, beliau mengangkat sumpah sebagai presiden ke-22 pada satu majlis di kediaman rasmi presiden di Bangabhaban.

Perdana Menteri Sheikh Hasina, ketua hakim negara dan ahli Kabinet turut hadir ke majlis itu.

Shahabuddin diisytiharkan sebagai presiden oleh Suruhanjaya Pilihan Raya pada Februari selepas menang tanpa bertanding Bangladesh.

Advertisements

Beliau dicalonkan oleh parti pemerintah parti Liga Awami (AL).

Penyandang Abdul Hamid tidak dipilih semula sebagai presiden kerana perlembagaan negara membenarkan presiden memegang jawatan itu untuk tempoh maksimum dua penggal.

Tempoh kedua dan terakhir Hamid tamat pada 24 April.

Menurut perlembagaan Bangladesh, ahli Parlimen adalah pengundi dalam pilihan raya presiden. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan