25.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Lawan Zahid di Bagan Datuk dilantik Setiausaha Politik PM

Shamsul Iskandar yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) tewas dengan majoriti 348 undi kepada Zahid yang juga Presiden UMNO

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAWAN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Parlimen Bagan Datuk, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dilantik sebagai Setiausaha Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu, Shamsul Iskandar yang bertanding atas tiket Pakatan Harapan (PH) tewas dengan majoriti 348 undi kepada Zahid yang juga Presiden UMNO yang kini menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Industri Utama di bawah kerajaan PH pasca-PRU14, yang menumbangkan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam di Parlimen Bukit Katil.

Turut dilantik sebagai Setiausaha Politik ialah bekas Ahli Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai dan Ahmad Farhan Fauzi.

Dalam PRU15 lalu, Ming Kai tidak dicalonkan oleh PH.

Advertisements

Ketiga-tiga mereka mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Perdana Menteri hari ini.

Anwar menerusi Facebooknya berharap ketiga-tiga pegawainya itu dapat melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan dengan baik dan penuh tawaduk.

Pada 24 November lalu, Anwar yang juga Pengerusi PH mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri ke-10 berlangsung di Dewan Singgahsana Kecil, Istana Negara pada jam 5.06 petang.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Zahid, Muhyiddin sepakat batal saman, henti pertikaian peribadi

TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini membuat...

Lagi Artikel Berkaitan