26 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

690 ‘bookie’ Piala Dunia ditahan, rampasan RM23 juta

Selangor merekodkan jumlah tangkapan terbanyak seramai 179 individu, diikuti Kuala Lumpur (142), Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43) dan Sabah (41).

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 690 orang bookie yang terbabit dalam aktiviti perjudian dan pertaruhan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022 telah ditahan dengan nilai rampasan lebih RM23 juta menerusi Op Soga IX bermula 19 November hingga 21 Disember lalu.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorasiah Mohd Saaduddin berkata, daripada serbuan tersebut, hasil rampasan keseluruhan meliputi nilai had kredit dalam perisian berjumlah RM22,354,866.27 dan HKD$ 382,995.60 (RM217,199), wang tunai RM518,563 dan SGD$500 (RM1,639).

“Selain itu, turut dirampas komputer, tablet, telefon bimbit dan kertas catitan pertaruhan.

“Lain-lain rampasan, mesin kira-kira, modem, router, mesin pencetak, kad SIM dan jadual perlawanan kejohanan bola sepak Piala Dunia Qatar 2022,” katanya menerusi kenyataan di sini.

Menurut Noorasiah, Selangor merekodkan jumlah tangkapan terbanyak seramai 179 individu.

“Diikuti Kuala Lumpur dengan 142 individu, Johor (59), Negeri Sembilan (57), Sarawak (54), Pulau Pinang (43) dan Sabah (41).

“Seterusnya hasil tangkap di Kedah seramai 32, Melaka (27), Pahang (18), Perak (17), Terengganu (11), Perlis (enam) dan Kelantan (empat).

“Kesemua tangkapan telah direman untuk siasatan lanjut mengikut Akta Pertaruhan 1953 dan Akta Rumah Judi Terbuka 1953,” katanya.

Jelas Noorasiah, dalam tempoh itu, sebanyak 530 kertas siasatan telah dibuka dengan 328 masih dalam tindakan, 202 telah berjaya dituduh dan 87 kertas siasatan telah disabitkan hukuman oleh mahkamah.

“PDRM khususnya Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) akan berusaha membanteras kegiatan perjudian,” katanya.

Noorasiah berkata, PDRM berharap masyarakat komited dalam menyalurkan maklumat berkaitan perjudian yang berlaku menerusi talian 016-5773477. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan