28.2 C
Kuala Lumpur
Saturday, February 15, 2025

Dua Senator angkat sumpah hari ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DUA Ahli Dewan Negara hari ini mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Tan Sri Dr Rais Yatim.

Mereka ialah Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan MCA Negeri Johor, Datuk Lim Pay Hen dan Timbalan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Datuk Ahmad Ibrahim.

Lim adalah lantikan semula oleh Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor berkuat kuasa pada 26 Jun 2022 hingga 25 Jun 2025 manakala Ahmad adalah lantikan baharu oleh DUN Sarawak berkuat kuasa mulai 22 Julai 2022 hingga 21 Julai 2025.

Advertisements

Kedua-dua mereka mengangkat sumpah sebagai Senator sebelum sesi soal jawab di Dewan Negara di sini.

Rais ketika berucap mengalu-alukan pelantikan dua Ahli Dewan Negara itu mengingatkan mereka supaya memainkan peranan dan tanggungjawab sebagai Senator sebaiknya termasuk dalam usaha mentransformasi Parlimen.

“Dewan Negara ketika ini sedang melalui fasa transformasi yang memerlukan penglibatan penyertaan aktif senatornya secara menyeluruh agar peranan Dewan ini dalam memperjuangkan suara rakyat menjadi tersohor dan berkesan,” katanya. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Tiga langkah Malaysia pastikan ASEAN kekal bersaing

MALAYSIA selaku Pengerusi ASEAN tahun 2025 perlu melaksanakan tiga langkah utama jika mahu memastikan rantau ini terus kekal bersaing. Pensyarah...

Lagi Artikel Berkaitan