29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Senator syor gaji minimum graduan RM3,000

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SENATOR, Datuk C Sivarraajh mengesyorkan agar graduan ijazah sarjana ditawarkan gaji bulanan tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Ini selaras dengan hasrat Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang menyarankan majikan membayar gaji minimum RM3,000 terhadap graduan yang menyertai Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) baru-baru ini.

Ujar beliau, ia sebagai usaha untuk menangani isu kos sara hidup yang bukan hanya dilihat dari sudut mengawal selia harga barangan semata-mata.

“Saya berpendirian dan memohon agar kerajaan turut menetapkan satu had gaji minima secara sah tidak kurang daripada RM3,000 sebulan bagi graduan Sarjana Muda,” katanya di dalam sesi pembentangan di Dewan Negara, hari ini.

Dalam pada itu, Sivarraajh berkata, beliau sememangnya menyambut baik usaha kerajaan melalui beberapa inisiatif dalam Belanjawan 2023 untuk mengimbangi dan mengawal harga barangan.

“Pada masa yang sama, saya rasa kerajaan juga perlu ada inisiatif yang lebih utuh dalam meningkatkan pendapatan rakyat, terutamanya anak-anak muda,” ujarnya.

Menurutnya, berdasarkan statistik yang dikeluarkan Jabatan Statistik Negara pada 2021, bilangan graduan di Malaysia mencecah hampir 5.61 juta orang yang mana mewakili kira-kira 22 peratus tenaga kerja negara.

“Gaji purata seseorang graduan menjunam sebanyak 10.6 peratus, dari RM5,020 ke RM4,489 sebulan pada tahun 2020 manakala gaji median pula menjunam sebanyak 11.3 peratus, dari RM4,300 ke RM3,796 sebulan pada tahun yang sama.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan