25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Kajian KPDN: Peniaga bazar mahu pengunjung bertambah

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KAJI selidik Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) mendapati peniaga bazar mengharapkan pengunjung semakin bertambah dan berbelanja di bazar Ramadan.

Menterinya, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, selain itu, peniaga juga berharap agar kos bahan mentah dapat diturunkan bagi membantu mengimbangi harga jualan mereka.

Bagaimanapun menurutnya, berdasarkan kaji selidik yang sama terhadap 1,148 responden pada 31 Mac itu juga mendapati 69 peratus peniaga bazar Ramadan menyatakan peningkatan pelanggan ke premis mereka.

“Manakala 31 peratus peniaga memberi maklumbalas penurunan. Bagi aspek hasil jualan pula, sebanyak 63 peratus peniaga menyatakan peningkatan ke atas hasil jualan manakala selebihnya 37 peratus memberikan maklumbalas penurunan hasil jualan mereka.

“Selain itu, dari segi aspek keuntungan pula, semua responden memberikan maklumbalas memperoleh keuntungan di mana sebanyak 70 peratus peniaga menyatakan mendapat peningkatan keuntungan manakala selebihnya 30 peratus peniaga menyatakan pengurangan dari segi keuntungan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Untuk rekod, tujuan utama kajian dilakukan adalah bagi mendapatkan maklumbalas daripada peniaga berhubung sambutan pengguna terhadap aktiviti jualan di bazar Ramadan pada tahun ini.

Ia melibatkan bazar Ramadan di kawasan bandar, luar bandar, dan bazar Ramadan peringkat negeri.

Salahuddin menjelaskan nilai jualan dan keuntungan yang diperolehi oleh peniaga dipengaruhi oleh beberapa faktor antaranya jenis makanan atau minuman yang popular; harga yang berpatutan pada pandangan pengunjung bazar; cuaca dan lokasi bazar.

Selain itu menurutnya, faktor seperti lokasi bazar; kemudahan tempat parkir kenderaan; turun naik harga bahan mentah seperti buah-buahan untuk penyediaan minuman seperti jus dan sebagainya;

kedudukan gerai dalam tapak bazar; dan kos sewaan tapak juga mempengaruhi.

Dalam pada itu, KPDN ingin menasihatkan para peniaga agar terus mematuhi peraturan dan perundangan yang dikuatkuasakan Kementerian bagi mengelakkan dikenakan tindakan yang tegas selain menjadi peniaga yang beretika seperti meletakkan tanda harga pada setiap barangan yang dijual dengan tepat dan jelas.

“Pengguna juga dinasihatkan agar bijak ketika berbelanja dan menggunakan sepenuhnya hak-hak sebagai pengguna bagi mengelakkan dimanipulasi oleh segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan selain berhemah di dalam berbelanja agar tidak berlaku pembaziran,” katanya.

Sehubungan itu, sekiranya pengguna mempunyai sebarang maklumat berhubung salah laku oleh peniaga boleh melaporkan kepada pihak Kementerian berserta maklumat yang lengkap dan tepat melalui saluran WhatsApp 019-279 4317 / 019-848 8000; Portal e-Aduan KPDN iaitu http://e.aduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; E-mel ([email protected]); Aplikasi Telefon Pintar Ez ADU KPDN; dan Bilik Gerakan Penguatkuasaan 03-8882 6088 / 6245.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan