26.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, January 15, 2025

Nik Mohamad Abduh angkat sumpah senator

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

BEKAS Ahli Parlimen Bachok, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz mengangkat sumpah Ahli Dewan Negara di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, hari ini.

Pelantikan Nik Abduh di Dewan Negara bagi tempoh 8 Julai 2023 hingga 7 Julai 2026 adalah pilihan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan.

Sementara itu, Wan Junaidi dalam ucapannya menyarankan setiap Ahli Dewan Negara supaya lebih proaktif dan kreatif dalam memastikan pendapat intelektual mereka turut disampaikan kepada rakyat melalui media utama dan media sosial.

Advertisements

“Rakyat perlu mengetahui pendapat dan input yang produktif serta kreatif daripada Ahli Dewan Negara yang memainkan peranan penting dalam membahas dan menimbang usul yang dibawa daripada Dewan Rakyat.

“Ini sekali gus akan mencermin dan mewajarkan kelayakan Ahli Dewan Negara yang dilantik atas pengalaman profesional dan mewakili pakar dalam bidang masing-masing,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan SARA disalur kepada 700,000 penerima mulai esok

DALAM usaha berterusan untuk membantu golongan miskin dan miskin tegar, Kerajaan MADANI di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri...

Lagi Artikel Berkaitan