29.6 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Ketua Pembangkang punca peruntukan belum dapat disalur – Fahmi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEGAGALAN Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin menyerahkan cadangan menyebabkan ahli Parlimen pembangkang belum menerima sebarang peruntukan daripada kerajaan.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil berkata, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof pada 8 Mei lalu telah menyatakan bahawa pihak pembangkang perlu beri cadangan jika hendak dapatkan peruntukan.

Namun, sehingga kini Kerajaan Persekutuan masih belum menerima sebarang cadangan yang dikemukakan pihak pembangkang.

“Jadi, proses itu sudah ada, selesaikanlah rundingan. Tetapi masalahnya sampai ke hari ini pihak pembangkang masih lagi belum beri cadangan.

“Jadi kepada (Ahli Parlimen Muar) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan juga yang lain, kalau hendak tahu kenapa ahli parlimen pembangkang masih belum dapat peruntukan, tanyalah ketua pembangkang,” katanya menerusi video di media sosialnya hari ini.

Beliau menjawab dakwaan Syed Saddiq yang melabel Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan ‘NATO’ (no action, talk only) apabila banyak janji yang diberikan sebelum ini gagal ditunaikan.

Advertisements

Dalam pada itu, menjawab persoalan pengisytiharan harta oleh ahli Kabinet, Fahmi berkata, perkara tersebut telah dijawab Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mana perkara tersebut kini dalam tindakan bersama agensi-agensi berkaitan.

“Perdana Menteri sendiri sudah isytihar harta pada Oktober 2022 dengan aset berjumlah RM11.2 juta. Saya sudah, Syed Saddiq pun sudah.

“Yang Perdana Menteri jawab Januari lalu, proses itu sedang berjalan untuk rangka semula proses isytihar harta. Kalau hendak dapatkan maklumat lanjut, nanti boleh masukkan soalan Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT) dalam sesi penuh Parlimen,” jelasnya.

Sementara itu, berkenaan pengguguran kes-kes rasuah oleh Kerajaan Perpaduan, Fahmi berkata, kerajaan tidak terlibat dalam pengguguran sebarang kes pemimpin parti politik.

“Dalam sebarang kes dilepas tanpa dibebaskan (DNAA) ke, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke, kerajaan tidak terlibat.

“Peguam Negara telah jelaskan, Datuk Seri Azalina Othman Said pun telah jelaskan. Budi bicara Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan atau Syed Saddiq yang tidak boleh terima perkara ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agong, Permaisuri adakan lawatan negara pertama ke Singapura

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim dan m Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat ke Singapura pada hari...

Lagi Artikel Berkaitan