27.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

PM gulung perbahasan KSP RMK-12 petang ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

DATUK Seri Anwar Ibrahim akan menggulung perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Dewan Rakyat, jam 4.30 petang, hari ini.

Perdana Menteri berkata, beliau juga akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan Ahli Parlimen sepanjang sesi perbahasan sejak minggu lalu.

“Terima kasih kepada semua Ahli Parlimen yang mengambil bahagian dalam perbahasan sejak minggu lalu.

“Insya-Allah saya akan menjawab persoalan yang dibangkitkan petang ini,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya.

Advertisements

Pada 11 September lalu, Anwar yang juga Menteri Kewangan membentangkan KSP RMK12) bertemakan ‘Mampan, Sejahtera dan Berpendapatan Tinggi’.

Beliau berkata, tiga tumpuan utama rancangan tersebut ialah memperkukuh kemampanan, membangunkan masyarakat sejahtera, dan menuju negara berpendapatan tinggi dengan 17 anjakan dan 71 inisiatif utama berdasarkan prinsip Ekonomi MADANI.

Katanya, kerajaan akan membelanjakan sepenuhnya peruntukan RM400 bilion di bawah RMK12, dengan tambahan siling RM15 bilion untuk membiayai bidang keutamaan rakyat di samping memperbaiki mutu pengurusan dan menyasarkan semula subsidi bagi menampung keperluan asas rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Lakukan ‘total cleansing’ kumpulan ajaran sesat, ekstrem agama

PIHAK berkuasa termasuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) digesa melakukan total cleansing (sapu bersih) terhadap kumpulan ajaran sesat dan...

Lagi Artikel Berkaitan