24.3 C
Kuala Lumpur
Monday, February 10, 2025

Lagi guru jadi mangsa Macau Scam, rugi RM91,400

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG guru wanita di Pahang, berputih mata apabila wang simpanan, pinjaman dan hasil gadaian barang kemas berjumlah RM91,400 dilesapkan suspek sindiket penipuan dalam talian.

Mangsa berusia 51 tahun itu mula terpedaya selepas menerima panggilan telefon pada 24 Februari lalu daripada individu menyamar sebagai pegawai insurans, polis dan timbalan pendakwa raya berkait kes tuntutan insurans.

Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, mangsa didakwa dikehendaki pihak berkuasa kerana disyaki terlibat dalam kes tuntutan insurans perubatan palsu berjumlah RM68,000 di sebuah hospital swasta di ibu negara.

“Mangsa yang menafikan dakwaan tersebut diarah menukar kad bank dan mengemas kini nombor pengesahan transaksi (TAC) bagi tujuan siasatan.

“Mangsa turut diarahkan memindahkan semua wang dimiliki termasuk wang simpanan Tabung Haji, wang pinjaman dan hasil gadaian barang kemas ke dalam akaun bank yang dikemas kini terbabit.

Advertisements

“Mangsa akur dengan menuruti semua arahan suspek sehingga sedar ditipu selepas menyedari semua wang dalam akaun bank dilesapkan dalam tempoh sebulan,” katanya hari ini.

Ramli berkata, orang ramai diingatkan supaya membuat semakan setiap panggilan meragukan yang diterima sebelum berurusan bagi mengelak ditipu.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon yang diterima bmelalui pautan https://semakmule.rmp. gov.my sebelum membuat sebarang transaksi.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Richiamo jalin kerjasama dengan De Xandra, Rico Rinaldi

RICHIAMO Coffee Sdn Bhd mengumumkan kerjasama dengan pengeluar pewangi kenderaan, De Xandra serta pereka fesyen dan pengeluar pakaian terkenal...

Lagi Artikel Berkaitan