28.5 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Pilihan Raya Kecil Slim ditetapkan 29 Ogos – SPR

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Slim, Perak ditetapkan pada 29 Ogos manakala hari penamaan calon adalah pada 15 Ogos, demikian menurut kenyataan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Sementara itu hari mengundi awal pula ditetapkan pada 25 Ogos sementara urusan permohonan undi pos luar negara dan dalam negeri bermula 23 Julai hingga 13 Ogos.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, pihaknya akan menggunakan daftar pemilih tahun 2019 yang dikemas kini sehingga 16 Julai lalu.

AZMI SHAROM

“Daftar pemilih tersebut mengandungi 23,094 orang pengundi yang terdiri daripada 22,815 pengundi biasa, 277 pengundi awal polis dan dua pegundi luar negara.,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Azmi berkata, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua DUN Perak, Datuk Mohammad Zahir Abdul Kadir pada 17 Julai berhubung kekosongan kerusi DUN Slim.

Baca juga:   Cemburu antara motif wanita hamil ditembak - Polis

Kerusi DUN Slim kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib pada 15 Julai lalu akibat serangan jantung di Hospital Bentong, Pahang.

Sementara itu beliau berkata, dianggarkan peruntukan sebanyak RM4.6 juta diperlukan SPR untuk melaksanakan pilihan raya kecil DUN Slim ini dengan melibatkan 689 orang petugas.

“Manakala 13 buah pusat mengundi yang mengandungi kesemua 55 saluran akan digunakan untuk kemudahan pengundi,” katanya.

SPR juga, katanya, akan menetapkan garis panduan pencegahan Covid-19 yang ditambah baik selepas pilihan raya kecil DUN Chini sebelum ini.

Baca juga:   Tarikh pilihan raya 3 DUN bubar dibincang serentak - SPR

Jelas beliau, pihaknya akan memastikan setiap proses dalam urusan pilihan raya tersebut selari dengan langkah-langkah kawalan penyebaran wabak Covid. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

BN mesti menang semua kerusi diamanahkan pada PRN

BARISAN Nasional (BN) perlu menang di semua kerusi yang diperuntukkan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri,...

Lagi Artikel Berkaitan