31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

BTS cipta rekod, konsert ‘online’ bagai persembahan di 15 stadium

Mesti Baca

SEOUL – Superstar K-pop, BTS mencatat rekod dunia Guinness baharu untuk jumlah tontonan paling ramai menerusi konsert dalam talian terbaharu mereka.

Agensi berita Yonhap melaporkan, BTS mencatatkan gelaran rekod dunia Guinness baharu bagi jumlah penonton terbanyak untuk penstriman langsung konsert muzik.

“Sebanyak 756,000 peminat daripada lebih 100 negara mengikuti persembahan dalam talian itu pada 14 Jun lalu,” kata laman web Guinness World Records hari ini.

Konsert bertajuk ‘Bang Bang Con: The Live’ disiarkan secara penstriman langsung kira-kira 100 minit dari sebuah studio di Seoul bulan lalu.

BTS yang dianggotai tujuh orang itu membatalkan jadual jelajah dunianya untuk tahun ini oleh kerana pandemik Covid-19.

Agensi kumpulan tersebut, Bit Hit Entertainment berkata, ia adalah acara muzik dalam talian berbayar terbesar di dunia dari segi jumlah penonton.

Katanya, jumlah penonton dalam talian mencecah kira-kira gabungan 15 konsert stadium.

Kumpulan itu memegang beberapa gelaran rekod dunia Guinness, antaranya artis K-pop pertama menduduki tangga teratas carta album Amerika Syarikat.

Sebelum ini, video BTS, Blood Sweat & Tears menarik lebih 600 juta tontonan di YouTube pada pukul 5 pagi Jumaat lalu. – Agensi

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan