34.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

Mayat lelaki hilang ditemukan sujud di tengah gurun raih doa netizen

Mesti Baca

RIYADH — Pasukan penyelamat Arab Saudi menemukan mayat seorang lelaki yang dilaporkan hilang di tengah padang pasir di sini dalam keadaan dia sedang bersujud.

Saudi Gazette melaporkan, Dhuwaihi Hamoud Al-Ajaleen yang hilang sejak empat hari lalu ditemukan dalam keadaan kedua-dua telapak tangan dan dahinya di atas padang pasir, seolah-olah dia sedang berhajatkan sesuatu.

Pasukan penyelamat terlebih dahulu menemukan kereta digunakan Dhuwaihi dipenuhi dengan ranting kayu, memungkinkan arwah sedang mengumpul kayu ketika kejadian.

Mayat Dhuwaihi pula ditemukan beberapa meter dari kenderaannya.

Advertisements

Video penemuan mayat Allahyarham oleh pasukan penyelamat itu kemudiannya tular di media sosial dengan netizen mendoakan kesejahteraan arwah.

Menurut laporan media tempatan, Dhuwaihi dilaporkan hilang dari rumahnya di Wadi Al-Dawasir di sini.

Mayat arwah kemudiannya ditemukan di tengah padang pasir tidak jauh dari kenderaannya selepas polis memperhebatkan usaha mencari mangsa.

Advertisements

Terkini

PRK KKB: Sock Tao mampu tarik sokongan pengundi muda

PEMILIHAN Setiausaha Akhbar kepada Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, Pang Sock Tao sebagai calon Kerajaan Perpaduan...

Lagi Artikel Berkaitan