Tuesday, July 21, 2026

Remaja perempuan hilang selepas keluar dari homestay

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG remaja perempuan dipercayai hilang sejak Ahad selepas keluar dari homestay di Taman Salak Maju, Sepang.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, kehilangan remaja berkenaan yang dikenali sebagai Salsabila Putri Md Nasir, 13, disedari abangnya pada jam 2.30 pagi.

“Terdahulu, mangsa bersama keluarga tinggal di homestay yang disewa selama dua hari satu malam.

“Sebaik menyedari ketiadaan Salsabila, laporan polis kemudiannya telah dibuat abang mangsa,” katanya di sini.

Menurutnya, berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian, Salsabila keluar dari rumah tersebut dengan berpakaian serba hitam dan dilihat menaiki sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki yang tidak dikenali.

“Abangnya cuba menghubungi Salsabila beberapa kali namun tidak berjaya,” katanya.

Katanya, abangnya turut mendakwa Salsabila banyak mengenali rakan menerusi permainan dalam talian.

“Selain itu, abang Salsabila turut menghubungi rakan adiknya yang berada di Pulau Pinang namun tiada seorang yang tahu di mana adiknya itu berada,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut berkaitan kejadian masih dijalankan.

“Kes diklasifikasikan sebagai orang hilang,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan