24.8 C
Kuala Lumpur
Friday, February 3, 2023

Banjir: Tiada kes positif COVID-19 dilapor berlaku di PPS

Sungguhpun begitu, sebanyak 3,212 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIADA sebarang kes positif COVID-19 dilapor di Pusat Penempatan Sementara (PPS) di negeri-negeri yang dilanda banjir.

Bagaimanapun, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, pada ME51/2022 enam kes positif COVID-19 dikesan dalam kalangan mangsa banjir.

“Kesemuanya adalah kes ringan dan pesakit meneruskan isolasi di rumah setelah pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 3,212 kes penyakit berjangkit dikesan dalam kalangan mangsa banjir di PPS.

“Antaranya melibatkan jangkitan saluran pernafasan akut (ARI) iaitu 1,749 kes dan penyakit kulit (1,232), konjunktivitis (124), acute gastroenteritis (106) dan chicken-pox (satu).

“Semua kes yang dilaporkan adalah kes terpencil dan tiada kejadian wabak penyakit berjangkit berlaku di PPS,” katanya.

Baca juga:   Pelbagai program menarik menjelang sambutan 100 tahun UPSI

Dalam pada itu, mengulas situasi semasa jangkitan COVID-19, Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes baharu COVID-19 pada Minggu Epidemiologi ke-51 (ME51/2022) atau 18 hingga 24 Disember lepas merekodkan penurunan 18.7 peratus dengan 5,894 kes berbanding 7,249 kes pada minggu sebelumnya (ME50/2022).

“Dalam tempoh itu, bilangan kes tempatan menunjukkan penurunan 18.7 peratus iaitu daripada 7,232 kes kepada 5,880 kes.

“Bilangan kes import juga menurun sebanyak 17.6 peratus iaitu 17 kes kepada 14 kes,”katanya.

Beliau berkata, pada ME51/2022, bilangan kes kematian turut berkurangan sebanyak 34 peratus iaitu 31 kes pada minggu itu berbanding 47 kes, minggu sebelumnya.

Baca juga:   10,317 individu muflis akibat pandemik COVID-19

“Purata kes aktif setiap hari bagi ME51/2022 menurun sebanyak 13.7 peratus iaitu (16,895 kes kepada 14,580 kes),” katanya.

Sementara itu katanya, purata nilai kadar kebolehjangkitan (RT) direkodkan pula ialah 0.84, pada minggu berkenaan.

Dr Noor Hisham berkata, bilangan kes sembuh juga menunjukkan penurunan dengan 7,791 kes pada ME51/2022 berbanding 10,330 kes pada minggu sebelumnya. – Edisi 9

Wartawan

Terkini

Cerun runtuh: Jalan depan Balai Polis Senawang ditutup sementara

JALAN Persiaran Senawang 3 (N035) berhadapan Balai Polis Senawang, ditutup sementara kepada semua jenis kenderaan akibat cerun runtuh di...

Lagi Artikel Berkaitan