24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Pertandingan jawatan tertinggi UMNO belum diputuskan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan dipertandingkan atau tidak pada pemilihan parti akan datang, masih belum dibuat.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tiada sebarang ketetapan mengenai perkara itu dibuat Majlis Kerja Tertinggi (MKT), sehingga hari ini.

Bahkan menurut beliau, perkara itu mungkin diputuskan pada Mesyuarat MKT Khas yang akan diadakan sebelum Perhimpunan Agung UMNO (PAU) iaitu pada malam 12 Januari nanti.

“Itu (sama ada jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan) kita tunggu. Tidak ada sebarang keputusan mengenainya setakat hari ini.

“Namun saya tidak tahu apa akan berlaku selepas ini, kerana kita masih ada masa sebelum PAU diadakan Januari nanti.

“Kita tunggulah. Januari nanti MKT UMNO ada mesyuarat bulanan seperti biasa dan satu lagi kita ada Mesyuarat Khas MKT yang secara tradisinya akan diadakan pada malam sebelum PAU diadakan. Malam itu mungkin akan diputuskan mengenai perkara itu,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen Pontian, di Api-Api, di Pontian, Johor, hari ini.

Pada 8 Disember lalu, UMNO dilaporkan menafikan terdapat sebarang perbincangan supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri Kewangan dan Ahli Parlimen Pontian dilaporkan berkata, isu itu juga langsung tidak berbangkit atau dibincangkan pada Mesyuarat MKT yang diadakan pada 7 Disember lalu.

Sehubungan itu, Ahmad mengecam penularan infografik, kononnya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO tidak akan ditandingi yang ditularkan pihak tidak bertanggungjawab sekali gus menimbulkan keresahan akar umbi parti.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan