27.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

3 mangsa disyaki hilang ditemui, Op Carilamat ditamatkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TIGA lelaki yang dilaporkan tidak pulang ke jeti selepas menangkap ikan di perairan Kuala Kemasin semalam ditemui selamat dan dilaporkan berada di Pantai Belawan, Tak Bai, Thailand.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Syed Nor Adli Syed Ab Rahman berkata, bot yang mengalami kerosakan tersebut dipercayai dihanyutkan ke sempadan Malaysia-Thailand sebelum dibantu oleh nelayan negara berkenaan.

“Mangsa, Rohimi Ahmad (47 tahun), Nik Muhammad Syafiqrullah Rohimi (21 tahun) dan Muhammad Amir Zulfikar Che Wil (29 tahun) berada dalam keadaan baik semasa ditemui,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Beliau berkata, Maritim Negeri Kelantan telah berhubung dengan pihak Royal Thai Marine Police (RTMP) Tak Bai untuk membantu mengiringi bot KNF 7086 ke Jeti RTMP Tak Bai sebelum diserahkan kepada Maritim Negeri Kelantan.

“Bot mangsa telah tiba di Jeti RTMP Tak Bai pada pukul 6.35 petang dan seterusnya diserahkan kepada Maritim Negeri Kelantan melalui Pos Maritim Pengkalan Kubor.

Advertisements

“Berikutan kekurangan bahan bakar dan cuaca yang tidak mengizinkan, bot akan diiringi masuk ke Jeti Kuala Kemasin esok oleh Bot Maritim Perkasa 33,”katanya.

Menurut beliau, Op CARILAMAT ini telah dikoordinasikan oleh Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuantan melibatkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Kelantan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan kekuatan anggota seramai 35 orang.

“Maritim Negeri Kelantan mengucapkan ribuan terima kasih atas penglibatan dan kerjasama agensi sahabat, rakan nelayan dan orang awam yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam Op CARILAMAT kali ini.

“Tidak lupa jasa baik pihak Royal Thai Marine Police Tak Bai yang bekerjsama dalam pencarian ketiga-tiga mangsa ini.

“Maritim Negeri Kelantan menasihatkan orang awam agar sentiasa menitikberatkan aspek keselamatan semasa melakukan sebarang aktiviti di laut. Sebarang kecemasan boleh hubungi MERS 999 atau laporkan terus ke Pusat Operasi Maritim Negeri Kelantan di talian 09-7780070,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan