26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Ellisda tidak putus atas gapai impian sebagai penyanyi

Mesti Baca

MINATNYA terhadap bidang nyanyian sejak kecil tidak pernah pudar sehingga kini.

Pelbagai pertandingan nyanyian disertai pendatang baru Nurdamia’ Ellisda antaranya program realiti I Can See Your Voice musim keenam.

Mesra disapa Ellisda, gadis ini akui giat mewakili sekolah dalam bidang nyanyian sehingga ke peringkat negeri.

“Saya tidak pernah berhenti menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sehingga pernah terbabit bersama Genius Seni Khoir Malaysia di bawah didikan Datuk Syafinaz Selamat Selama enam tahun.

“Satu pengalaman menarik dan berharga yang banyak saya pelajari dalam tempoh itu,” katanya.

Ellisda juga cukup dikenali dikalangan pengguna TikTok dan Instagram disebabkan suaranya yang boleh meniru suara kartun animasi Boboiboy.

Terbaharu, Ellisda mampu tersenyum puas apabila single pertama yang lama dinantikan terhasil juga.

Mempertaruhkan lagu berjudul Harus Pergi, muzik video dan lagu ini dihasilkan daripada adaptasi kisah sebenar yang berlaku.

Advertisements

Ia mengisahkan seorang isteri yang berada dalam hubungan bersifat ‘toksik’ hingga menyebabkan kecederaan fizikal akan

menjejaskan emosi dan kesihatan mental wanita itu.

Lagu berkonsepkan balada ini adalah percubaan pertamanya untuk bertapak dalam industri muzik tanah air.

Ellisda berharap, dengan kemunculan lagu ini mampu memukau dan disukai oleh semua.

Susunan lirik lagu ini lebih moden dan mesra untuk didengari semua lapisan masyarakat. Lagu ini juga turut dibantu dicipta bersama oleh Ujang K.

“Saya melihat kejadian yang berlaku disekeliling dan mengambil semua kejadian itu sebagai kisah dalam lagu ini.

“Saya berharap lagu ini memberi banyak manfaat buat wanita di luar saya untuk tidak mengalah dan berani membuat keputusan pergi meninggalkan perkara yang tidak baik dalam hidup kita,” katanya.

Selain di Malaysia, Ellisda juga turut dikenali di negara seberang iaitu Brunei dan Indonesia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan