31.4 C
Kuala Lumpur
Wednesday, June 7, 2023

Lelaki dalam dokumentari Al Jazeera dihantar pulang 31 Ogos

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Warga Bangladesh, Md Rayhan Kabir yang mencetuskan provokasi dalam dokumentari Al Jazeera berjudul ‘Locked Up in Malaysia’s tetap akan dihantar pulang seawalnya 31 Ogos ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata, selain disenarai hitam daripada memasuki Malaysia, pas lawatan kerja lelaki itu juga akan ditamatkan.

“Dia akan dihantar pulang ke negara asal selepas selesai semua siasatan polis terhadapnya, saya difahamkan hasil siasatan oleh pihak polis juga sudah dihantar ke Jabatan Peguam Negara.

“Saya tidak boleh anggarkan bila dia akan dihantar pulang, tetapi kita dimaklumkan penerbangan paling awal ke Bangladesh adalah pada 31 Ogos ini,” katanya, di sini hari ini.

AL JAZEERA mendakwa program 101 East tidak termasuk dalam kategori filem yang memerlukan lesen.

Menerusi dokumentari kontroversi Al Jazeera pada 3 Julai lalu, Rayhan dirakam mengkritik kerajaan Malaysia dan mendakwa wujud diskriminasi dalam pengendalian kes Covid-19 membabitkan warga asing.

Rayhan yang diburu JIM akhirnya ditahan oleh agensi itu 24 Julai lalu ketika bersembunyi di sebuah kondominium di Jalan Pahang di Kuala Lumpur.

Dia kemudiannya memohon maaf jika apa yang dikatakannya itu menyakiti perasaan rakyat Malaysia dan kerajaan.

Menurut peguam yang mewakili Md Rayhan, apa yang diperkatakan lelaki itu adalah pandangan peribadi dan reaksinya terhadap apa yang dilihatnya mengenai orang yang ditahan ketika Covid-19.

Baca juga:   213 pekerja warga asing ditahan Imigresen

Wartawan

Baca juga:   JIM umum waktu operasi baharu

Terkini

13 kontena di Northport Pelabuhan Klang musnah

SEBANYAK 13 buah kontena yang mengandungi bahan mudah terbakar jenis aerosol musnah dalam kebakaran dekat Northport, Jalan Pelabuhan Utara...

Lagi Artikel Berkaitan