26 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Orang luar: Annuar ‘sekolahkan’ ahli Parlimen PH

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa hari ini menghangatkan Dewan Rakyat apabila menegur Ahli Parlimen pembangkang yang mempersoalkan kelayakan beliau memegang portfolio dijawatnya sekarang hanya kerana berasal dari negeri lain.

Menurutnya, sindiran ahli Parlimen PH terhadapnya tidak wajar kerana pentadbiran bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri melantik Khalid Samad (PH-Shah Alam) sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

“Ada yang menjadi sebutan awam, tular dan tidak manis iaitu secara tidak langsung buat sindiran saya ini orang luar, hendak campur tangan hal orang Kuala Lumpur. Disebutkan juga saya ini orang Ketereh, Kelantan hendak campur tangan soal orang Kuala Lumpur.

“Sebagai ahli Parlimen, mereka tidak boleh mengungkit negeri asal seseorang menteri. Sebab kalau ditanyakan kerajaan terdahulu, daripada mana datangnya Shah Alam (Khalid Samad) yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan.

“Shah Alam dilahirkan di Kota Bharu, sebahagian keluarganya di Johor. Kenapa Pakatan Harapan lantik dia sebagai Menteri Wilayah,” kata beliau.

Advertisements

Annuar berkata, umum maklum Dr Mahathir jadi perdana menteri namun beliau bukan orang Kuala Lumpur.

“Perkara ini bersifat peribadi sedikit, jadi janganlah hasut rakyat menggunakan sentimen sama ada orang Kuala Lumpur atau tidak, itu tidak manis,” katanya.

Tanpa memetik nama mana-mana ahli Parlimen, Annuar dipercayai merujuk kenyataan Hannah Yeoh (PH-Segambut) dan Fahmi Fadzil (PH-Lembah Pantai) yang didakwa mempertikaikan kelayakan beliau sebagai menteri Wilayah Persekutuan.

“YB sendiri (Yeoh) hanya lahir di Kuala Lumpur, duduknya di Selangor. Saya juga tahu alamat rumah YB (Fahmi) kerana berkahwin dengan orang Kuala Lumpur. Untuk makluman, sewaktu Hannah dilahirkan pada 1979, empat tahun sebelum dilahirkan, saya sudah bermastautin di Kuala Lumpur.

“Fahmi pula lahir pada 1981, pada 1981 saya sudah memiliki rumah pertama saya dan menjadi pegawai perancang bandar di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan menetap di Kuala Lumpur. Pada 1981 juga, saya sudah bermastautin dalam Parlimen Segambut,” katanya.

Advertisements

Terkini

Pemuda UMNO gesa ‘haramkan’ Prof Gilley masuk Malaysia

PEMUDA UMNO Malaysia hari ini mendesak kerajaan mengharamkan seorang ahli akademik pro-zionis Israel, Bruce Gilley daripada memasuki negara ini. Ketuanya,...

Lagi Artikel Berkaitan