25.3 C
Kuala Lumpur
Thursday, December 8, 2022

Jual filem secara haram, penerbit filem mahu saman e-dagang RM50j

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Berang dengan filemnya dijual pada harga serendah RM1, penerbit filem Ada Apa Dengan Dosa (AADD) Ayu Puteh berhasrat menyaman pihak e-dagang terkenal sebanyak RM50 juta berikutan karya terbitannya dijual secara haram melalui platform terbabit.

Ayu atau nama sebenarnya Normashayu Puteh, 43, berkata, tindakan tidak bertanggungjawab pihak e-dagang itu mula dikesan sejak 10 Jun lalu di Telegram.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui perkara itu dari Telegram, dia terus buat aduan kepada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan pihak Astro.

“Saya buat laporan di Balai Polis Mutiara Damansara. Namun, selepas melihat tiada sebarang tindakan yang pantas saya buat aduan semula kepada Finas sebab hati saya sangat marah bila tengok orang jual filem saya dengan harga RM1,” katanya yang dipetik Harian Metro.

Berdasarkan perkongsian netizen di media sosial, platform e-dagang berkenaan menjual filem terbitan Pencil Pictures and Records Sdn Bhd yang dibintangi pelakon Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sanda dan PU Riz itu pada harga RM1 dan RM5.

Namun, hasil semakan hari ini pula mendapati, pautan atau senarai filem berkenaan sudah diturunkan.

Syarikat terbabit melalui kenyataannya semalam berkata, pihaknya memandang serius pelanggaran undang-undang dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan mengenai penjualan barang cetak rompak di platform tersebut.

Menurut Ayu, filem AADD dijual di platform e-dagang terkenal itu dengan harga sangat rendah selain ia dicuri tanpa kebenarannya membuatkan hatinya panas dan tidak boleh dikawal.

Baca juga:   Pelakon kelahiran Malaysia kritikal akibat Covid-19 di Indonesia
Baca juga:   KPDNHEP bendung jual minyak masak dalam talian

“Dia (pihak terbabit) rasa hidup ini dia punya, jual filem saya RM1. Selama dua bulan, penjualan berkenaan berlangsung di platform e-dagang itu dan sekarang pandai pula mereka turunkan iklan dan filem saya.

“Tahu pula takut, tapi semua bukti itu saya dah ada. Kalau pihak berkenaan turunkan (iklan filem) pun, semua bukti cukup. Saya dah simpan dan baru saya buka kes.

“Nak lari mana. Pihak peguam untuk uruskan kes undang-undang ini pun sudah saya lantik. Saya akan berjuang untuk membela filem hak cipta syarikat saya dan tuntut ganti rugi pada mereka,” katanya.

Menurut Ayu, dia nekad tampil berjuang sendiri kerana memandang serius isu cetak rompak yang masih belum dapat dibanteras dengan berkesan sehingga kini walau pun sudah bertahun-tahun aktiviti haram itu berleluasa.

“Saya kena bangkit dan ambil tindakan saman ini sendiri untuk bela hak saya. Dalam bisnes, nak sewa apa tapak pun kena bayar dan dapatkan permit. Semua ada akta dan bukan boleh buat sesuka hati.

“Walaupun ada orang persoalkan tindakan saya kenapa nak bising-bising apakah kerana filem saya itu sudah terjual puluhan juta? Saya tak peduli semua itu.

“Cakaplah apa pun, saya ambil tindakan sebab filem ini berkualiti dan bukan filem yang tangkap muat. Senang kata, bukan filem sampah. Saya sanggup berhabis wang buat penggambaran filem ini hingga ke luar negara di Eropah dengan pembiayaan sendiri sepenuhnya.

Baca juga:   Mus, Yantzen, Noraniza Idris bakal berentap dalam GV7

“Saya tak minta dana Finas pun sebelum ini. Bila saya mohon, dapatlah sedikit bantuan. Berjuta duit semua wang milik saya sendiri dikeluarkan hanya untuk hasilkan filem ini dengan baik.

“Jadi, bila filem saya jadi mangsa cetak rompak, takkan nak biar dan diamkan saja. Malah, menjadi hak saya nak tuntut ganti rugi hingga RM50 juta pun,” katanya.

Baca juga:   RM20 juta untuk pendigitalan usahawan luar bandar

Kata Ayu, pihak e-dagang berkenaan membuat penafian namun dia menganggap alasan diberikan itu tidak masuk akal.

“Kenapa mereka (pihak e-dagang) itu tak cuba jumpa saya, minta izin nak jadi pengedar. Susah sangat ke? Pihak Astro pun datang berbincang dan buat bayaran pada saya untuk hak penayangan,” katanya.

Wartawan

Terkini

PN rampas kerusi Padang Serai, BN pertahan Tioman

PERIKATAN Nasional (PN) berjaya merampas kerusi Parlimen Padang Serai, Kedah manakala Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri...

Lagi Artikel Berkaitan