24.9 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Bayar hingga RM10,000 lulus peperiksaan naik pangkat polis

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Hanya kerana ingin lulus peperiksaan dalaman bagi mendapatkan peluang temu duga untuk kenaikan pangkat, ada pegawai dan anggota polis membayar ribuan bagi tujuan itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador ketika mendedahkan perkara itu berkata, pihaknya ada menerima laporan mengenai pegawai dan anggota yang membayar antara RM4,000 hingga RM10,000 kepada pihak ketiga bagi tujuan tersebut.

“Saya tidak akan sesekali bertoleransi dan akan mengambil tindakan terhadap mana-mana pegawai atau anggota yang mengambil suapan bagi meluluskan peperiksaan dalaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) (kepada pihak terbabit).

“Oleh yang demikian, PDRM akan mewujudkan satu sistem khas bagi mengelak pihak ketiga daripada mengakses dan mengubah keputusan peperiksaan kenaikan pangkat,” katanya yang dipetik agensi berita Bernama.

Abdul Hamid berkata, sistem berkenaan akan dikendalikan terus oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Bukit Aman.

Advertisements

“Ini kerana setiap peperiksaan yang dikendalikan PDRM perlu ada tapisan dan ia harus dikendalikan dengan penuh disiplin, berintegriti serta amanah,” katanya.

Beliau berkata sistem berkenaan akan mempunyai ciri-ciri keselamatan tinggi supaya tidak digodam oleh individu tidak bertanggungjawab hingga boleh mengubah keputusan peperiksaan.

“Beberapa tahun lepas, terdapat satu kes membabitkan orang dalam dan pelatih PDRM yang telah ditahan dan diambil tindakan berhubung perkara terbabit.

“Ada jurulatih yang menawarkan jawatan detektif dan akan mengaturkan posisi itu terhadap seorang pelatih yang ketika itu masih dalam peringkat latihan,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Abdul Hamid menegaskan Jabatan Pengurusan menyedari dan mengambil maklum berhubung isu berkenaan.

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan