28.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 24, 2024

Pemuda Indonesia ubah kentang jadi telefon bimbit

Mesti Baca

KREATIF… Gara-gara sering disindir dek hanya menggunakan telefon bimbit kurang canggih, seorang pemuda Indonesia akhirnya berjaya mencipta peranti itu yang diperbuat daripada sebiji kentang.

Menurut laporan akhbar tempatan, Kompas, Khoirul Anam mereka ‘telefon’ dari sebiji ubi besar tersebut berasaskan model Nokia 3310 yang turut dikenali di negara itu sebagai telefon kentang.

Beliau mencipta peranti seumpama jenama lama dari Finland itu sebelum memuat naik beberapa foto cara pembuatan telefon bimbit dari kentang tersebut menerusi akaun media sosial Facebook miliknya.

bimbit
Telefon bimbit kentang yang dihasilkan Anam boleh berfungsi. Gambar: Facebook Khoirul Anam.

Lelaki berkenaan yang lebih mesra dipanggil Anam menjelaskan, proses pembuatan telefon bimbit itu hanya ambil masa 10 minit dan ia hanyalah sebagai gurauan sahaja ekoran sindiran daripada rakan-rakannya.

“Saya sering berkumpul bersama teman dan apabila mahu muat turun ‘game’, saya malu kerana kerana telefon tidak canggih, lantas mereka selalu sindir kata ini memang jenis telefon kentang.

“Maka, saya nekad buat telefon baharu yang lengkap ada beberapa komponen seperti pemuka skrin, bateri kering serta papan kekunci daripada gaya model Nokia 3310,” jelas Anam lagi.

Advertisements

Meskipun cara pembuatan telefon kentang itu tidak mengambil masa yang lama, dia yang tinggal di Magelang, wilayah Jawa Tengah mengakui sukar untuk mencari ubi kentang yang bersaiz agak besar.

Malangnya, telefon unik berkenaan tidak sempat beliau simpan untuk tempoh masa panjang bukan kerana ia busuk, tetapi sudah diambil oleh ibunya untuk dimasak, ujarnya dalam nada ketawa.

Anam turut menyatakan tentang hasrat untuk mencuba pula mencari epal bersaiz besar dan mencipta peranti moden yang menyerupai jenama telefon pintar terkenal antarabangsa, iPhone dari buah itu.

Ternyata Anam memilik kreativiti dan kebijaksanaan yang tinggi sehingga mampu mencipta telefon bimbit dengan menggunakan sebiji kentang sahaja.

Sama-sama kita nantikan rekaan seterusnya daripada Anam iaitu epal yang diukir menyerupai telefon pintar jenama iPhone legasi mendiang Steve Jobs yang popular di seluruh dunia. – EDISI 9

Advertisements

Terkini

Piala Asia B23: Pemain muda balik tangan kosong dari Qatar

DUA minggu berkampung di Doha, Qatar untuk menyesuaikan diri dengan keadaan sehingga korbankan hari raya Aidilfitri bersama keluarga ...

Lagi Artikel Berkaitan