25.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, April 17, 2024

‘Kita tak tangkap transgender sewenang-wenang’ – Zulkifli

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) tidak pernah menggunakan kuasa sewenang-wenang untuk menangkap golongan transgender sepertimana didakwa Suruhanjaya Keadilan Antarabangsa (ICJ)

Memetik laporan Bernama, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohd Al-Bakri sebaliknya berkata, tindakan hanya dibuat terhadap mereka yang melanggar undang-undang yang ditetapkan.

Menurut beliau, golongan tersebut perlu mematuhi batasan dalam masyarakat, keluarga dan kejiranan bagi mewujudkan suasana harmoni dalam kehidupan majmuk.

“Apa yang saya nak tekankan di sini ialah kita (penguat kuasa) bukan bersifat semua orang kita nak tangkap… itu bukan kerja kita.

“Insya-Allah kita akan adakan dialog perbincangan untuk kita sama-sama mencari titik persamaan dan kebenaran,” katanya di Marang, Terengganu hari ini.

Sebelum ini, beliau yang juga bekas Mufti Wilayah Persekutuan dikatakan memberi ‘lesen’ kepada JAWI untuk menangkap transgender dan kemudian diberikan tarbiah agar mereka kembali ke pangkal jalan.

Ekoran itu beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) telah membantah tindakan tersebut yang dianggap melanggar hak asasi manusia serta bimbang memberi kesan buruk kepada golongan terbabit.

Dalam pada itu, Zulkifli berkata, pihaknya sedia mengadakan perjumpaan dengan NGO untuk membincangkan isu tersebut.

Katanya beliau menerima banyak jemputan daripada NGO yang mahu mengadakan dialog bagi membincangkan isu-isu berkaitan golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) itu.

“Saya juga akan lakukan lawatan ke program-program yang dikolaborasi oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), dan NGO untuk bersama-sama berdialog dengan rakan sahabat transgender,” katanya. – Edisi 9

Terkini

26 warga asing ‘kosong’ ditahan di sekitar Johor Bahru

SEBANYAK 26 warga asing ditahan dalam operasi di sekitar Johor Bahru kerana dipercayai tidak memiliki dokumen yang sah dan...

Lagi Artikel Berkaitan