34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Transgender ditangkap JAWI perlu ditarbiah – Zulkifli

Mesti Baca

KUALA LUMPUR – Setiap transgender yang ditangkap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) akan diberi pendidikan dengan cara yang paling berhikmah agar mereka kembali ke pangkal jalan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, berkata, Islam adalah agama yang mendidik dan pihaknya tidak mahu golongan transgender ini ditangkap semata-mata tanpa diberikan pendidikan kepada mereka.

“Saya beri lesen penuh kepada semua penguat kuasa JAWI untuk laksanakan fungsi Bahagian Penguatkuasaan dengan sebaiknya di Wilayah Persekutuan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Bagaimanapun, Zulkilfi berkata, operasi penguatkuasaan ke atas transgender harus dibuat dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Islam adalah agama yang mendidik. Ini perlukan usaha yang bersepadu dari semua agensi di bawah JPM (Hal Ehwal Agama),” katanya.

Kenyataan Zulkifli itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan golongan transgender yang semakin berani mendedahkan kegiatan songsang dan bukti pembedahan jantina yang dikhuatiri akan mempengaruhi orang lain.

Terbaru, Pencetus Ummah (PU) Amin dan Syed Bakri menyeru netizen supaya memboikot seorang usahawan kosmetik dan membuat laporan mengenai akaun media sosial transgender itu selepas memuatnaik gambar lucah di akaun media sosialnya. – Edisi 9

Terkini

KKDW peruntuk RM46.6 juta untuk pembangunan di Selangor

KEMENTERIAN Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) memperuntukkan sebanyak RM46.6 juta untuk pelbagai pembangunan infrastruktur serta komuniti, kemahiran dan pembiayaan...

Lagi Artikel Berkaitan