26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Hagia Sophia dibuka kepada umat Islam tunai ibadah

Mesti Baca

ANKARA – Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan semalam mengumumkan bangunan ikonik Hagia Sophia akan dibuka kepada umat Islam untuk menunaikan ibadah.

Ini selepas keputusan sebuah mahkamah tinggi Turki yang memutuskan membatalkan status muzium Hagia Sophia yang didirikan ketika era pemerintahan Empayar Byzantine pada abad keenam.

Memetik laporan South China Morning Post, Erdogan membuat pengumuman itu sejam selepas keputusan mahkamah didedahkan.

“Keputusan diambil untuk menyerahkan pengurusan Masjid Ayasofya kepada Pejabat Hal Ehwal Agama dan dibuka bagi orang Islam menunaikan ibadah,” kata keputusan yang ditandatangani Erdogan.

Bangunan ikonik, Hagia Sophia berfungsi sebagai muzium Kabinet Turki pada 1934 mengubah bangunan itu kepada muzium.

Advertisements

Keputusan tersebut sejajar dengan seruan Presidennya, Recep Taayyip Erdogan yang mahu tapak warisan dunia itu dikembalikan sebagai sebuah masjid walaupun mendapat kecaman hebat dari Amerika Syarikat dan pemimpin Kristian Ortodoks.

Bagaimanapun, media antarabangsa melaporkan, keputusan tersebut mungkin mencetuskan ketegangan dengan negara jiran, Greece yang mahu bangunan itu dikekalkan sebagai sebuah muzium.

Sebelum ini, premis itu membenarkan semua penganut agama untuk bermeditasi dan menikmati keindahan seni bina bangunan berkenaan yang dibangunkan pada kurun keenam.

Ia ditukar menjadi masjid pada 1453 ketika Uthmaniah menawan Istanbul atau juga dikenali sebagai Constantinople. – Agensi

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan