29.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

JAIPk siasat video dua individu lakukan ritual tolak banjir

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

JABATAN Agama Islam Perak (JAIPk) akan membuka kertas siasatan berhubung video ritual menolak musibah banjir yang dipercayai dilakukan di perkarangan pejabat Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Teluk Intan seperti tular dalam media sosial, hari ini.

Pengarahnya, Datuk Mohd Yusop Husin berkata, kertas siasatan mengikut Seksyen 14 Enakmen Jenayah Syariah Perak 1992 kerana mencela dan menghina agama Islam.

Menurutnya, JAIPk akan membuka kertas siasatan dan oang ramai dinasihatkan supaya menjauhi amalan khurafat dan masyarakat juga dimohon tidak terpengaruh dengan perkara-perkara yang menjurus kepada khurafat.

Video tular berdurasi 25.09 minit itu memaparkan seorang pengamal perubatan tradisional bersama wanita melakukan ritual bagi menolak berlakunya banjir.

Mereka menggunakan bahan seperti beras, kunyit, bunga dan daun selain turut kelihatan di hadapan mereka ialah surah Yasin dan al-Quran.

Dalam rakaman itu, lelaki itu mendakwa upacara berkenaan adalah petua zaman dahulu dan meminta semua tempat surut air (tidak banjir) bukan saja di Teluk Intan tetapi seluruh Malaysia, seluruh kepulauan Melayu dan seluruh dunia.

Dia turut mendakwa apa yang dilakukan adalah sebagai ikhtiar dan turut meminta tidak salah faham kerana mereka tidak memuja laut dan sungai sebaliknya hanya membuat petua zaman dahulu.

Sementara itu, wanita berkenaan turut mendakwa tilikannya menunjukkan Teluk Intan akan ditenggelami banjir dan apa yang dilakukan itu bagi mengelak musibah bencana itu.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan