25.6 C
Kuala Lumpur
Thursday, March 28, 2024

Pegawai bomba cedera terkena runtuhan serpihan konkrit

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG pegawai bomba cedera terkena serpihan konkrit yang terjatuh ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang pemetik api di Seksyen 22 di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.45 petang itu, mangsa, Yunuslie Julius, 28, cedera pada tengkuk dan dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.

Menurut Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis, ketika kejadian sepasukan 26 pegawai dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Shah Alam sedang menjalankan pemadaman api di kilang tiga tingkat tersebut.

“Sewaktu operasi itu, pegawai kita (Yunuslie) yang berada di tingkat bawah terkena simen konkrit sebesar dua batu bata.

“Simen itu terjatuh ke atas topi keledar dipakai mangsa hingga menyebabkan dia berasa sakit di bahagian tengkuk,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Norazam berkata, pihaknya kemudian meminta bantuan pegawai perubatan yang turut berada di lokasi kejadian.

“Pegawai bomba itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk menerima rawatan lanjut.

“Pemeriksaan lanjut termasuk imbasan X-Ray sedang dilakukan dan mangsa dalam keadaan sedar,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan tindakan pantas bomba berjaya menyelamatkan kilang pemetik api itu daripada musnah terbakar sepenuhnya hari ini.

Kejadian kira-kira pukul 3 petang tadi tu mengakibatkan 70 peratus kebakaran sekali gus tidak merebak ke premis berdekatan lain.

-EDISI9

Terkini

China minta lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan – Zahid

CHINA meminta agar lebih banyak ruang kerjasama diwujudkan antara kedua negara, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid...

Lagi Artikel Berkaitan