32 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 16, 2024

Hina Agong dan Perdana Menteri, Ganesparan dicari polis

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

POLIS meminta kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang lelaki yang dikehendaki bagi siasatan kes menghina Yang di-Pertuan Agong dan Perdana Menteri Malaysia.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, lelaki berkenaan dikenali N. Ganesparan, 40, diperlukan untuk siasatan di bawah Seksyen 233(1)(a)(ii) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung individu ini boleh Ketua Unit Siasatan Terkelas, Suprintendan Junainah M. Kasbolah di talian 019-7051222 atau Pegawai Penyiasat Inspektor Shahrir Mohamad di talian 019-5414014.

“Individu berkenaan dikehendaki bersabit waran tangkap Ewa3836752 yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Jenayah Siber Kuala Lumpur pada 20 Disember tahun lalu berikutan kegagalan hadir atas pertuduhan kes penghinaan terhadap Agong dan Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata, lelaki warga tempatan itu dikehendaki polis sejak 26 Jun tahun lalu ekoran tindakannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan, perkauman serta jelik terhadap institusi diraja dan kerajaan menerusi media sosial.

Abd Jalil berkata, kenyataan Ganesparan yang dikatakan berada di Jerman, dilihat mampu menyebabkan kegentaran awam serta menggugat keamanan negara.

Kenyataan lelakiu itu, katanya, dibuat menerusi satu rakaman video bertajuk Racist in Vaccine Malaysia yang dimuat naik di laman Facebook Ganesparan Nadaraja.

Pada 30 November 2020, Ketua Polis Johor ketika itu, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay mengesahkan lelaki tersebut mempunyai tujuh kes jenayah lampau dan berani mengeluarkan kenyataan berkenaan kerana berada di luar negara.

Ayob Khan berkata, Ganesparan mendakwa lebih 200 tahanan lokap dipukul polis hingga menyebabkan kematian yang secara tidak langsung menjejaskan imej Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Dakwaannya 255 orang kena tuduh (OKT) mati dalam lokap polis dari tahun 2000 hingga 2014 adalah tidak benar. Kami (polis) pun tidak tahu dari mana dia dapat statistik itu.

Lelaki tempatan itu mempunyai tujuh rekod jenayah lampau yang disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan, Seksyen 397 Kanun Keseksaan, Seksyen 160 Kanun Keseksaan, Seksyen 379A Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Akta Hasutan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Individu ini dipercayai sudah keluar dari Malaysia pada November 2017 dan pernah berada di Qatar sebelum berpindah ke Jerman.

Beliau juga memaklumkan Ganesparan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan dan pernah ditahan sebanyak lima kali dari 2010 hingga 2017.

-EDISI9

Terkini

MQA saran IPT lahirkan lebih ramai profesor praktis

KUALITI pendidikan tinggi negara akan terus meningkat dengan melahirkan lebih ramai 'professor of practice' atau profesor praktis. Ketua Pegawai Eksekutif...

Lagi Artikel Berkaitan