Thursday, June 4, 2026

Sajat tetap lelaki di Malaysia – Ahmad Marzuk

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

JANTINA transgender, Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman atau dikenali sebagai Sajat kekal seperti termaktub dalam kad pengenalannya, walaupun dia kini diiktiraf sebagai ‘wanita’ di Australia.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkta, maklumat yang tertera dalam kad pengenalannya adalah menentukan jantinanya yang sebenar meskipun lelaki itu telah bertukar menjadi wanita.

“Jantina dia (Sajat) adalah sebagaimana dalam IC (kad pengenalan) di negara kita dan itu yang kita guna pakai.

“Itu di negara lain. Dalam negara kita, dia tetap lelaki sebagaimana di dalam kad pengenalannya.

“Sama ada dia nak pilih negara mana, alam mana untuk tentukan jantina itu, kita tak campur. Itu dia punya pasal,” katanya kepada media selepas melancarkan buku Manual Komuniti Hijrah (Lesbian dan Gay) hari ini, lapor Sinar Harian.

Semalam, media tempatan melaporkan Muhammad Sajjat, 35, atau Nur Sajat melalui perkongsian secara langsung di Instagram miliknya memaklumkan yang dirinya telah menukar jantinanya kepada wanita secara sah di Australia.

Sajat sebelum ini diburu pihak berkuasa tempatan selepas waran tangkap terhadapnya dikeluarkan kerana gagal hadir pada sebutan semula pertuduhan berpakaian menyerupai wanita di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor.

Pada Jun tahun lepas, polis turut menjejaki Muhammad Sajjad bagi membantu perbicaraan kes penipuan pertukaran nama dan jantina pada kad pengenalan yang berlangsung di Mahkamah Ampang.

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan