24.6 C
Kuala Lumpur
Friday, April 26, 2024

Aksi lelaki berdua dalam tandas buat ramai pelik

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PELIK dan tertanya-tanya.

Itulah keadaan yang berlaku apabila tular di laman sosial satu video memaparkan aksi dua orang lelaki memasuki sebuah tandas dalam satu masa yang sama.

Ia juga mengundang pelbagai reaksi orang ramai sejak perkongsian video klip berkenaan tular di laman sosial semalam.

Bagaimanapun, lokasi dan bila kejadian itu berlaku tidak dapat dikenal pasti.

Dalam pada itu, video berdurasi 18 saat itu turut menunjukkan seorang lelaki yang dilihat selamba dan bersahaja keluar daripada tandas berkenaan manakala seorang lagi kekal di dalamnya.

Advertisements

Sementara itu, rata-rata orang ramai di ruangan komen terkejut dengan situasi berkenaan walaupun terdapat segelintir yang cuba bersangka baik.

“Astaghfirullah, tanya dia buat apa dalam tu. Cegahlah kemungkaran setidaknya dengan kebencian hati bagi selemah-lemah iman,” ucap Suhail.

“Husnuzon la, mungkin seorang nak kencing dan seorang lagi tahan pintu. Risau ada orang buka,” kata Suzie.

“Bersangka baik, mereka hisap rokok dalam tandas mengimbau masa sekolah dulu-dulu tetapi betul kan seluar tu pelik,”kata Ajam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Khairul Azhari calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu – Muhyiddin

PEMANGKU Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor, Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN)...

Lagi Artikel Berkaitan