24.7 C
Kuala Lumpur
Thursday, April 25, 2024

PM sedih kematian tragis 5 pelajar USAS dalam nahas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan rasa sedih dengan kematian tragis lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) dalam kemalangan berhampiran terowong Menora, dekat Ipoh semalam.

Perdana Menteri yang kini berada di Washington DC, Amerika Syarikat mendoakan agar roh mereka dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan beramal soleh.

“Pelajar-pelajar itu terkorban dalam nahas di Kilometer 246 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di Ipoh tengah malam tadi.

“Takziah saya ucapkan kepada keluarga mangsa dan berharap agar tabah harungi dugaan ini,” katanya menerusi media sosialnya hari ini.

Advertisements

Dalam kejadian di Kilometer 245.2, Lebuh Raya Utara Selatan 12.52 tengah malam semalam, kelima-lima mangsa rentung apabila kereta yang mereka naiki terlibat kemalangan dengan dua buah lori.

Mereka adalah Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, Iqbal Hasnun Halimi, 23, Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dan Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20.

Mereka dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah sewa di Kuala Kangsar selepas selesai menikmati makan malam di Ipoh, Perak. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bantuan awal kepada waris mangsa nahas helikopter TLDM

KERAJAAN bersetuju menyalurkan bantuan awal sebanyak RM10,000 kepada setiap keluarga mangsa nahas dua helikopter milik Tentera Laut Diraja Malaysia...

Lagi Artikel Berkaitan