31.1 C
Kuala Lumpur
Friday, April 19, 2024

Pemandu tunjuk isyarat lucah kepada polis ditangkap

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

TINDAKAN seorang lelaki yang di bawah pengaruh dadah menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis bertugas di Jalan Ampang, di sini membawa padah apabila ditangkap polis.

Friends of Trafik Ampang dalam satu hantaran berkata, mengikut fakta kes semasa anggota unit kawalan lalulintas Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ampang Jaya telah mengarahkan sebuah kenderaan yang dipandu oleh seorang individu untuk menunggu di stesen minyak.

Menurutnya, pada masa tersebut pergerakan kenderaan sedang dijalankan secara kontra flow dan risiko berlakunya kemalangan jika kenderaan tersebut keluar.

“Pemandu kenderaan tersebut enggan mengikut arahan anggota bertugas dan secara tiba-tiba pemandu kenderaan tersebut telah mengeluarkan perkataan ‘polis bodoh’ sambil menunjukkan isyarat lucah dengan menunjukkan jari tengah.

“Pemandu bersama kenderaan tersebut kemudian ditahan dan dibawa balik ke Balai Trafik Ampang untuk tindakan di bawah Seksyen 186KK,” kongsinya hari ini.

Menurut kenyataan berkenaan, ujian saringan air kencing dan hasil keputusan mendapati lelaki tersebut disahkan positif dadah jenis THC.

“Tangkapan diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Ibu Pejabat Polis (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan bagi kes positif dadah di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB,) 1952,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Pengawal keselamatan dituduh bunuh anak berusia 6 bulan

SEORANG pengawal keselamatan yang sebelum ini disyaki mendera bayinya, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi hari ini atas...

Lagi Artikel Berkaitan