Sunday, June 14, 2026

Sasar eksport produk minyak sawit lepasi RM100 bilion

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Perusahaan Perladangan dan Komoditi optimis negara mampu mencapai sasaran pendapatan eksport produk minyak sawit melepasi RM100 bilion tahun ini.

Menterinya, Datuk Zuraida Kamaruddin berkata, keyakinan berkenaan susulan kejayaan Malaysia julung kali merekodkan angka lebih RM90 bilion dalam tempoh 11 bulan pertama tahun lalu.

Menurutnya, walaupun ada pelbagai cabaran terutama kekurangan buruh dan isu wabak, eksport produk komoditi itu melonjak kepada RM95.76 bilion pada 2021.

“Ini menunjukkan peningkatan berlaku hampir 48 peratus berbanding tempoh sama pada 2020 cuma RM64.85 bilion dan untuk tahun ini tidak mustahil boleh cecah RM100 bilion,” katanya.

Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Seminar Semakan dan Tinjauan Ekonomi Minyak Sawit 2022 anjuran kementerian itu di Hotel Marriott, Putrajaya hari ini.

Ia turut mendapat kerjasama daripada Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan dengan ucap tama disampaikan Ketua Pengarahnya sendiri, Datuk Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir.

-EDISI9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan