34 C
Kuala Lumpur
Friday, March 29, 2024

Hilang 13 September tahun lalu, ditemui ditanam dalam kebun

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang dilaporkan dilarikan dua penyerang sejak 13 September lalu akhirnya berakhir dengan penemuan mayat oleh polis dalam keadaan dibungkus kanvas sebelum ditanam dalam sebuah kebun sawit Bidor, Tapah, kelmarin.

Penemuan mayat itu adalah susulan tangkapan yang dilakukan polis membabitkan seorang suspek berusia 30 tahun di Kuala Langat, Selangor kelmarin.

Menurut Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid, hasil siasatan lanjut, suspek mendedahkan bahawa mangsa yang dilarikan pada 13 Oktober tahun lalu, sudah dibunuh dan mayatnya ditanam dalam kebun kelapa sawit di Bidor.

“Berpandukan maklumat yang diperoleh daripada suspek, polis berjaya menemui mayat mangsa ditanam dalam keadaan dibungkus menggunakan kanvas.

“Berdasarkan rekod, pada 3 Oktober tahun lalu, polis menerima satu laporan berkaitan seorang lelaki berumur 29 tahun telah dilarikan kira-kira jam 10.22 malam.

“Siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku pada 13 September tahun lalu, ketika pengadu dan mangsa berada di kolam ikan dekat Kampung Poh, Bidor, mereka berdua diserang dua suspek dengan bersenjatakan kayu sebelum mangsa dimasukkan ke dalam sebuah kenderaan.

“Pada masa sama, pengadu juga diugut suspek terbabit supaya tidak menceritakan kejadian berkenaan kepada sesiapa sebelum mereka melarikan diri dari lokasi itu,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Mior Faridalathrash berkata, siasatan polis mendapati punca kejadian disebabkan masalah hutang di antara mangsa dengan suspek dan ketika itu polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 365 Kanun Keseksaan (KK) kerana melarikan orang dengan salah.

Katanya, susulan penemuan mayat mangsa kelmarin, kertas siasatan itu diklafikasikan semula mengikut Seksyen 302 KK atas membunuh.

“Semakan ke atas rekod mangsa atau simati, mendapati dia baharu sahaja bebas dari penjara dan mempunyai 11 rekod sabitan lampau.

“Suspek pula yang kini dalam tahanan reman selama empat hari juga di dapati mempunyai empat rekod sabitan kesalahan lampau.

-EDISI9

Terkini

Lebih 27,000 kandungan diturunkan sejak awal tahun – MCMC

SEBANYAK 27,115 kandungan bersifat provokatif melampau dalam media sosial dan platform Over The Top (OTT) telah diturunkan dalam tempoh...

Lagi Artikel Berkaitan