32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia perlu terokai sinergi antara industri, pekebun kecil

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA perlu meneroka sinergi antara industri kelapa sawit yang lebih berdaya maju dengan pekebun kecil dalam negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu yang sudah dimulakan sebahagian syarikat gergasi kelapa sawit, bukan saja membantu kemajuan ekonomi negara, namun pada sama membantu kelompok pekebun kecil.

“Kita harap Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan Kementerian (Perladangan dan Komoditi) akan mempertimbang langkah ini kerana kita bergantung sepenuhnya atas kapasiti pekebun kecil, yang sudah tentu lebih sukar kerana penyelidikan, pemahaman dan cabaran industri yang secara umumnya terhad.

“Saya ingin mengulangi, menerusi pemberian awal sebanyak RM100 juta (di bawah Insentif Program Tanam Semula Sawit melalui Belanjawan 2024) dan kini dengan sokongan pemain utama industri, saya pasti ada kemungkinan peningkatan (sektor kelapa sawit), dengan syarat syarikat ini menyokong dan (mewujudkan) sinergi dengan pekebun kecil,”katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, hampir 100 peratus ladang dan kilang kelapa sawit di Malaysia diperakui mampan di bawah Pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO).

Advertisements

“Malaysia amat percaya pengeluaran mampan adalah langkah ke hadapan untuk industri minyak sawit.

“Justeru, kita memperkenalkan dan mewajibkan skim pensijilan MSPO pada 2015, menyemak semula piawaian dengan MSPO 2022 yang memberi tumpuan kepada ketelusan, keselamatan dan keadaan pekerjaan, serta alam sekitar, biodiversiti dan ekosistem perlindungan,” katanya.

Pada majlis itu, Perdana Menteri turut melancarkan Sistem Pengurusan Pintar Sawit (SIMS) yang dibangunkan MPOB bagi membolehkan pengurusan maklumat yang komprehensif, meningkatkan kecekapan industri dan menjimatkan kos.

SIMS diwujudkan untuk memudahkan pengurusan data transaksi di sepanjang rantaian bekalan minyak sawit, selain menggalakkan kawal selia kendiri, meminimumkan pengawasan kerajaan dengan ciri-ciri yang mesra pengguna. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan